sukan

Aksi Final paling mudah

Harapan untuk melihat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua berturut-turut tidak kesampaian apabila terpaksa akur tewas mudah di tangan lawan dari China, Weng Hong Yang 12-21, 6-21 di Terbuka Denmark, sebentar tadi.

Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia seakan masih ‘dihantui’ dengan tiga pertemuan sebelum ini yang menyaksikan rekod kemenangan memihak kepada Hong Yang 2-1.

Kemenangan Hong Yang kali ini menyaksikan pemain China itu terus menguasai pertemuan antara mereka dengan 3-1 dengan sebelum ini pernah menewaskan Zii Jia di Terbuka Australia, Ogos lalu.

Di Terbuka Artik, Finland minggu lalu, Zii Jia berjaya meraih gelaran sulungnya bagi tahun ini dan dilihat berada dalam situasi terbaik untuk meneruskan momentum kemenangan di Denmark.

sumber:- BH

Gelaran naib juara membolehkan Zii Jia membawa pulang US$28,900 (RM137,780) dan 9,350 mata BWF.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago