sukan

Peluang bukan hanya sekali — Nazmi

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT, Nazmi Faiz Mansor, sedar perlu mengambil segala kesempatan yang ada dan percaya kesabarannya akan membuahkan hasil.

Situasi itu mendorongnya untuk menjelmakan prestasi terbaik hingga melakukan penyudah cantik yang memastikan bekalan selesa buat Harimau Selatan menjelang perlawanan timbal balik Piala Malaysia di Ipoh, 2 November depan.

“Pujian buat kesebelasan utama, mereka bermain bermati-matian dan kami saling membantu,” katanya selepas perlawanan.Sementara itu, tonggak Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor, menegaskan perang di antara kedua-dua pasukan belum tamat walaupun menyedari skuad Seladang berdepan misi mustahil dalam persaingan ketika ini.

sumber:- SA

“Walaupun bukan mudah untuk mengalahkan Johor di tempat mereka tapi kami tetap cuba kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya pula.