sukan

Sepatutnya lebih banyak

Meskipun diletakkan sebagai pasukan pilihan, namun pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari tidak mengambil mudah aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia bertemu tuan rumah, Perak FC yang beraksi sebaik mungkin mencari kemenangan di hadapan penyokong sendiri, semalam.

Katanya, beliau mengetahui situasi itu sebelum datang ke Perak tetapi memuji parisan pemainnya yang memberikan segalanya dalam perlawanan yang menyaksikan JDT menang 4-1.

Ujar Solari, JDT berdepan masalah memilih pemain kerana sebahagian mereka beraksi bersama pasukan kebangsaan dan dalam tempoh singkat pemainnya perlu bermain semula sekali gus menyebabkan dirinya sedikit sukar mencorak taktikal.

“Saya percaya bahawa kami bermain sangat baik pada separuh pertama. Pemain sentiasa cuba bermain untuk mencipta peluang yang tidak mudah dalam keadaan padang seperti itu.

“Tetapi kami berjaya menjaringkan gol yang sangat cantik. Kami sentiasa cuba mencipta peluang, dan pada akhirnya, kami berjaya melakukannya.

“Semua pemain faham perancangan dan bermain dengan baik pada hari ini (semalam). Kita berjaya jaringkan empat gol tetapi saya rasa kita boleh jaringkan satu atau dua lagi gol,” katanya.

Tambah Solari, gandingan Herberty Fernandes, Bergson da Silva dan Fernando Forestieri di bahagian serangan sangat berkualiti dan berjaya membantu pasukan memburu kemenangan.

sumber:- HM

“Mereka mempunyai kualiti yang sangat baik dan boleh memberi kami pelbagai penyelesaian. Kami boleh menukar sistem dan pasukan masih boleh bermain taktikal yang kami inginkan.