Kira-kira dua jam sebelum sepak mula final Pestabola Merdeka 2023, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tampak berada dalam keadaan ‘sihat’.
Berdasarkan pemerhatian kasar sekitar jam 7 malam, tiada ‘tompokan’ yang kelihatan dengan padang kelihatan rata dan cantik sekali gus sesuai untuk digunakan bagi final antara Malaysia dan Tajikistan, jam 9 malam ini.
Faktor ini turut dibantu dengan cuaca baik kerana tiada hujan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini.Namun, keadaan sebenar padang sama ada benar-benar pulih hanya dapat diketahui selepas kedua-dua pasukan turun beraksi sebentar lagi.
Sebagai rekod, kualiti padang di SNBJ yang baru selesai dinaik taraf mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023, Jumaat lalu.
sumber:- BH
Aksi membabitkan pertembungan Malaysia dan India itu adalah perlawanan pertama yang berlangsung di stadium itu selepas ia ditutup bagi kerja naik taraf.