Skuad Harimau Malaya perlu memanfaatkan kelebihan dimiliki barisan pemainnya supaya dapat membentuk pasukan yang mantap khususnya dalam misi memberi cabaran dalam Piala Asia yang akan berlangsung di Qatar, awal tahun depan.
Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon sudah mengenalpasti elemen yang disifatkan mampu menjadi tunjang kekuatan Malaysia selepas melihat kemampuan beberapa pemain yang mampu menjalankan perancangan yang dimahukan.
“Kita menukar modul permainan kita dari semasa ke semasa dan kita mahu bermain dengan kekuatan yang kita ada. Kita ada pemain yang pantas dan sebab itulah kita bereksperimen dengan meletakkan tiga pemain pantas di bahagian depan ketika menentang India.
“Saya positif dengan jentera serangan di mana mereka mencipta banyak peluang dan ini adalah kekuatan kita. Sudah tentu ia datang dengan risiko kerana bermain seperti ini menuntut dari segi fizikal, perlu bertindak balas dengan cepat selain transisi yang kuat.
“Ini memberikan cabaran kepada pemain kerana kita menilai segala-galanya dan sebab itulah, kita perlu melakukan perubahan untuk membantu mereka pada separuh masa kedua,” kata Pan Gon.
Dalam masa sama, Pan Gon juga menyatakan dia boleh menerapkan corak permainan yang tidak berisiko bagi memastikan gawang mereka tidak ‘bocor’ namun itu bukanlah pendekatan yang dimahukannya bersama skuad kebangsaan.
“Kadang-kadang barisan pertahanan tidak mendapat sokongan kerana kita sentiasa menyerang dan kita cuba untuk memperbaiki masalah ini. Tetapi kalau kita tidak mengambil risiko, perlawanan boleh menjadi 0-0.
“Kalau anda minta saya supaya kita tidak dibolosi, saya boleh tambah pertahanan di hadapan gol dan dapatkan keputusan 0-0 dalam setiap perlawanan.
sumber:- BH
“Tetapi kita mahu lebih banyak bola dan cuba memberikan perlawanan yang menarik dan bagus kepada penyokong, jadi kita perlu mengambil sedikit risiko,” katanya.