sukan

Komen Pan Gon selepas berjaya tumbangkan pasukan ranking 102 dunia

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon berterima kasih kepada barisan pemain dan penyokong Harimau Malaya selepas skuad itu berjaya menewaskan India 4-2 dalam aksi Pestabola Merdeka 2023, sebentar tadi.

Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan bahawa kejayaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu adalah hasil kerja keras barisan pemainnya selain dibantu sokongan padu penyokong yang dianggap sebagai pemain ke-12 Harimau Malaya.

“Saya sangat gembira kerana kami berjaya menewaskan pasukan di ranking 102 dunia. Kami menang di tempat sendiri terutama di atas padang baharu.

“Malah, lebih 40,000 penyokong hadir menyokong kami. Jadi saya sangat bangga dengan apa yang dipamerkan semua pemain.”Mereka benar-benar berjuang untuk negara, keluarga dan penyokong. Saya berpuas hati tetapi setiap perlawanan kami akan ambil perkara positif dan negatif untuk diperbaiki bagi perlawanan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

sumber:- BH

Kemenangan ke atas India menyaksikan Harimau Malaya menempah pertembungan final dengan Tajikistan, Selasa ini.