sukan

Indonesia terus ‘cabar’ gergasi dunia

Presiden Persa­tuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir sedar me­ngaturkan perlawanan antara skuad Garuda dengan gergasi Eropah, Portugal, Jerman dan Belanda.

Katanya, PSSI telah pun me­ngadakan perbincangan de­ngan persekutuan bola sepak ketiga-tiga negara itu bagi perlawanan persahabatan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Perancangan itu mendapat tindak balas positif daripada mereka,” kata Erick.

Khabar gembira itu turut dimaklumkan menerusi ke­nyataan rasmi kepada seluruh peminat bola sepak di negara itu kelmarin.

Erick yang sebelum ini ter­kenal dengan gelaran Calon Wakil Presiden turut berjaya membawa Argentina ke perlawanan persahabatan dengan Indonesia.

“Saya sudah hubungi Portugal, Jerman dan Belanda. Cuma masalahnya adalah kita harus memastikan tarikh yang sesuai kerana mereka perlu melalui kelayakan Piala Dunia pada November (bulan hadapan) serta Mac dan Jun 2024.

“Selain itu, di Eropah juga sekarang ada pertandingan yang akan berlangsung pada tempoh itu,” katanya.

Tegasnya, PSSI kini sedang menyusun jadual untuk membawa ketiga-tiga pasukan itu ke Indonesia.

“Untuk awal dan pertengahan tahun depan mungkin sukar, tetapi kita cuba pada akhir tahun kerana jadual mereka dilihat agak kosong pada ketika itu,” katanya. – AGENSI