S. Sivasangari mengetepikan segala laluan berliku dalam misisnya mengecapi kejuaraan juara Sukan Asia 2022.
Jaguh skuasy wanita negara itu — terpaksa berehat panjang berikutan kemalangan kereta tahun lalu — melalui ranjau 64 minit selepas mempamerkan kebangkitan luar biasa ke atas Chan Sin Yuk di Pusat Sukan Olimpik, Hangzhou.
Dia memulakan pertemuan final sebentar tadi dengan terlepas untuk menggenggam set pertama 8-11 biarpun masing-masing aksi garang sebelum mengikat kedudukan 1-1 dengan keputusan 15-13.
Pertarungan sengit berlanjutan dalam dua baki tiga set dengan seteru dari Hong Kong itu kembali mendahului 2-1 selepas kemenangan set ketiga 12-10.
sumber:- SA
Namun, Sivasangri menjelmakan kekentalan dan kecergasan tahap tinggi untuk menawan set keempat dan kelima (11-9, 12-10), secara tidak langsung mengesahkan emas kedua peribadinya selepas cemerlang dalam acara berpasukan wanita.