Perjalanan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dalam saingan Sukan Asia Hangzhou terhenti di suku akhir susulan tewas kepada wakil tuan rumah, Zheng Siwei-Huang Yaqiong sebentar tadi.
Wakil negara turun beraksi di Gimnasium Binjiang memburu slot ke separuh akhir, namun juara dunia 2023 menjadi benteng besar dalam perlawanan hari ini.
Beberapa kesilapan di awal saingan membenarkan wakil China itu mendahului permainan sebelum selesa memimpin perlawanan 17-14, sebelum memastikan empat mata berturut-turut untuk menamatkan set pertama 21-14.
Skrip berbeza yang berlaku dalam set berikutnya, Tang Jie-Ee Wei, meningkatkan kualiti permainan sekaligus meletakkan pasangan tuan rumah dalam kedudukan yang kurang selesa.
Mendahului 15-13, Malaysia memiliki peluang terhidang untuk mengheret permainan ke set penentuan apabila mendahului 20-17.
sumber:- SA
Bagaimanapun, pengalaman menjadi pemisah apabila Siwei-Yaqiong mengejar kedudukan untuk terikat 20-20 sebelum memastikan 23-21 sekaligus menamatkan cabaran wakil negara memburu pingat di Hangzhou.