Kuartet 4×100 meter (m) wanita negara disahkan memenangi pingat gangsa Sukan Asia 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.
Meskipun kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy itu mendapat tempat keempat namun kuartet Bahrain yang meraih tempat ketiga dibatalkan penyertaannya.
Ini susulan selepas semakan mengenai kesilapan TR24.7 yang dilakukan Bahrain, mereka melakukan kesilapan ketika membuat penggantian baton.
Malah, semakan pemenang pingat di laman rasmi Sukan Asia 2022 turut mengesahkan kuartet Malaysia memenangi pingat gangsa menerusi catatan 45.01 saat.
Tiada perubahan bagi kedudukan pertama dan kedua di mana pingat emas dimenangi China yang melakukan catatan 43.39 saat.
sumber:- BH
Kuartet Thailand yang melakukan catatan 44.32 saat memenangi pingat perak.