sukan

Laluan Malaysia berliku

Kontinjen hoki lelaki kebangsaan menempah laluan berliku apabila tumbang 3-4 kepada Korea Selatan biarpun tidak menggugat pendahuluan mereka dalam Kumpulan A, Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.

Kekalahan anak buah Arul Selvaraj di Stadium GSP itu dibayangi prestasi yo-yo selain pertahanan goyah menghukum mereka menerusi penalti stroke Yang Jihun, sekalipun turut menghadapi situasi serupa dalam suku keempat.

Malah, tidak lama selepas itu, jaringan peribadi kedua Arshan Hamsani untuk mengikat kedudukan pula dibatalkan.Sehubungan itu, Malaysia yang mahu mengelak India sekiranya melangkah ke separuh akhir perlu kembali ke landasan kemenangan bagi pertemuan terakhir peringkat kumpulan dengan China yang menghuni tangga ketiga — juga merekodkan sembilan mata, Isnin ini.

sumber:- SA

Dalam masa sama, Korea Selatan pula akan membuat perhitungan dengan Oman.