“Kami minta maaf rakyat Malaysia,” kata apit kanan skuad takraw negara, Mohamad Azlan Alias.Permohonan maaf itu susulan skuad sepak takraw negara sekali lagi dikecewakan Thailand 0-2 pada final acara regu berpasukan di Gimnasium JSC hari ini, sekali gus terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak bagi edisi kali ini.
Ini secara tidak langsung menyamai pencapaian di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang menyaksikan skuad negara ketika itu turut dikecewakan lawan sama.
“Alhamdulillah kami berjaya masuk ke final. Kami minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tak dapat bawa balik pingat emas.
“Kita tahu Thailand lebih baik berbanding kita dan mereka memang menyasarkan emas dalam acara berpasukan.
“Tetapi kami akan cuba buat yang terbaik untuk satu lagi acara (regu),” kata Azlan ketika ditemui selepas acara final berpasukan.
Terdahulu, skuad takraw negara menghadiahkan pingat perak ketiga buat kontinjen negara pada Sukan Asia 2022.
sumber:- BH
Sebagai rekod, Thailand meneruskan dominasi dalam acara berpasukan lelaki di Sukan Asia dengan pingat emas ini adalah emas ketujuh berturut-turut dimenangi mereka dalam temasya terbabit bermula 1998 di Bangkok.