sukan

Misi Wajib menang Sri pahang FC

Selepas tersingkir dari saingan Piala Malaysia, Sri Pahang kini kembali memberi tumpuan dalam saingan Liga Super apabila akan melayan kunjungan Kuching City di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Pemain pertahanan Tok Gajah, Azwan Aripin berkata kegagalan di Piala Malaysia diterima dengan hati terbuka meskipun mengakui kecewa terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas menerusi agregat 1-2 kepada juara 2021, Kuala Lumpur (KL) City.

“Memang kecewa apabila tidak layak ke separuh akhir tetapi inilah bola sepak yang mana kita perlu menerima dengan hati yang terbuka.

“Oleh itu, misi wajib menang berdepan Kuching City, Sabtu ini untuk memastikan Sri Pahang berada pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

“Namun, prestasi Kuching City kini lebih baik di bawah kendalian ketua jurulatih (Aidil Sharin Sahak) yang memerlukan kami lebih berwaspada,” katanya.

Selepas mengharungi 20 perlawanan liga, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kelima dengan mengutip 40 mata manakala Kuching City di kedudukan tercorot apabila sekadar meraih tujuh mata.

Biarpun berdepan pasukan tercorot, skuad kendlaian Fandi Ahmad tidak boleh memandang mudah kemampuan lawan jika mahu mengutip tiga mata di halaman sendiri.

sumber:- BH

Pada masa yang sama, Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) menyasarkan tiga kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.