Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpalit satu lagi kontroversi dan kali ini di Sukan Asia Hangzhou.
Hari ini, dalam pusingan pertama acara berpasukan lelaki, sesi temu bual pemain nombor 16 dunia itu di Gimnasium Binjiang ditamatkan secara tiba-tiba.
Terdahulu, dalam pertarungan perseorangan lelaki pertama, Zii Jia gagal memberikan mata pertama buat Malaysia apabila tewas 14-21, 21-14, 18-21 kepada pemain ranking ke-47 dunia dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin.
Difahamkan, kakaknya, Lee Zii Yii yang turut bertindak sebagai pengurusnya memberi isyarat supaya temu bual itu dihentikan.Satu video yang merakam detik itu menunjukkan Zii Jia diajukan soalan, namun dia kemudian dibawa meninggalkan sesi temu bual itu.
Atas kertas, Zii Jia sepatutnya tidak berdepan masalah untuk menang dengan dia tidak pernah tewas kepada Hyeok Jin dalam dua pertemuan sebelum ini.
sumber:- BH
Sebelum temasya itu, Zii Jia hanya menyertai dua hari terakhir latihan bersama di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More