sukan

Malaysia sah ke Final

Skuad sepak takraw lelaki negara mara ke final acara regu berpasukan Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila mudah menewaskan Laos 2-0 dalam aksi separuh akhir di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua sebentar tadi.

Menurunkan Haziq Hairul Nizam (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam) selaku beregu pertama, skuad negara tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan 21-17, 21-19.

Malaysia kemudian menurunkan barisan bintang selaku beregu kedua yang diketuai tekong, Syahir Rosdi, sambil diapit Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam).

sumber:- SA

Dengan membariskan pasukan berpengalaman itu, skuad negara mengesahkan tempat ke final hasil kemenangan 21-14, 21-14.
Malaysia seterusnya akan berdepan musuh tradisi, Thailand, bagi perlawanan penentuan pingat emas pada Jumaat ini.