sukan

AFC jadi pengubat kedukaan

Tonggak Sabah FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes mengharapkan rakan sepasukan memandang ke depan dengan fokus mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super selain berusaha memperoleh keputusan positif di saingan Piala AFC.

Pemain yang lebih dikenali dengan panggilan Cifu itu melihat Sabah FC sebagai sebuah pasukan yang kuat dan kekalahan pada Perak pada pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia seharusnya menjadi pengajaran selain perlu bangkit mempersiapkan diri mereka dengan segera.

“Buat pasukan Perak, saya ucapkan tahniah dan pada masa sama, kami perlu kembali fokus untuk saingan di peringkat Liga Super dan Piala AFC.

“Saya bermain dengan baik di Sabah dan di samping mendapat minit permainan, saya masih perlu tingkatkan prestasi untuk membantu pasukan Sabah,” katanya.

Selepas beberapa bulan berhijrah ke Sabah, Cifu akhirnya memiliki peluang untuk beraksi skuad The Rhinos, namun perlu meningkatkan lagi kualiti permainan pada masa akan datang.

Selain itu, Cifu ingin pasukannya berusaha dengan lebih gigih selepas ini untuk memastikan tiga mata penuh apabila bertemu dengan pasukan Kelantan FC dan PSM Makassar dengan kedua-dua perlawanan di tempat lawan.

“Kami memiliki pasukan dan pemain bagus, tetapi perlu berusaha lebih keras bagi mengharungi perlawanan seterusnya menentang Kelantan dalam saingan liga.

sumber:- HM

“Selepas itu, lebih penting perlawanan bertemu dengan PSM Makassar di Piala AFC,” katanya.