Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui sukar membuat pilihan dua penyerang yang akan menggalas tugas menggempur KL City pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, petang esok.
Legenda bola sepak Singapura itu, berkata ini kerana tiga penyerang iaitu Kpah Sherman, Rafael Silva dan Lucas Silva menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha membantu skuad Tok Gajah mencatat kemenangan.
“Boleh saya katakan bahawa Sherman akan berada dalam senarai kesebelasan utama tetapi kini saya perlu memilih antara Rafael atau Lucas.
“Jika dilihat kepada komitmen dan persembahan, Rafael dan Lucas berada pada prestasi terbaik. Rafael pula menunjukkan persembahan meyakinkan pada suku akhir pertama lalu.
“Berbaki satu hari, saya harap Sherman akan mendapat gandingan yang mantap kerana fokus pasukan ialah memperkasakan jentera serangan kerana kita ketinggalan satu gol,” katanya.
Ditanya ketiadaan pemain pertahanan KL City, Kenny Pallrajj yang digantung perlawanan, Fandi berkata, ia tidak memberi kelebihan kepada skuad Tok Gajah.
Sebaliknya, katanya KL City sememangnya memiliki barisan pemain yang berkaliber termasuk pemain muda yang mampu beraksi dengan baik.
sumber:- BH
“Oleh itu saya harap pemain bijak memanfaatkan peluang yang ada terutama mendapatkan gol awal sebagai penyuntik semangat untuk memastikan aksi separuh akhir menjadi milik pasukan,” katanya.