sukan

Ranking Malaysia terus melonjak

Harimau Malaya terus mendaki dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila kini menghuni tangga ke-134 dunia.

Ia berdasarkan kemaskini terbaharu badan induk bola sepak dunia itu, hari ini, dengan skuad kendalian Kim Pan Gon naik dua anak tangga berbanding kedudukan 136 pada 20 Julai lalu.

Kenaikan ranking itu susulan kejayaan Harimau Malaya mengikat dua pasukan kelompok 100 dunia, Syria (2-2) dan China (1-1) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, China pada 6 dan 9 September lalu.

Harimau Malaya mengumpul 1094.9 mata keseluruhan, naik 3.33 mata berbanding 1091.57 dalam kemas kini sebelum ini.Skuad negara berada di kedudukan ke-24 dalam ranking negara Asia dan keempat dalam kalangan rantau Asia Tenggara di belakang Vietnam (93), Thailand (112) dan Filipina (132).

Juara Piala Dunia musim lalu, Argentina kekal pasukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1851.41 mata keseluruhan diikuti Perancis di tangga kedua dan Brazil menghuni kedudukan ketiga.

sumber:- BH

Jepun yang menghuni tangga ke-19 dunia pula muncul pasukan teratas Asia dengan mengumpul 1605.2 mata manakala Iran (21) dan Korea Selatan (26) berada di tangga kedua dan ketiga benua itu.