sukan

Kelantan United berpesta Gol

Kelantan United menambah aib Kelantan FC musim ini dengan kemenangan 7-0 sebentar tadi.Enam pemain mencetak nama selaku penjaring dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Cabaran itu selepas pemain import, Dominik Balic, membuka tirai gol pada minit ke-9.

Selepas itu, seorang lagi pemain import, Ismaheel Akinade, menambah derita ‘pelawat’ untuk menutup separuh masa pertama dengan 2-0.

Selepas permainan bersambung, gawang skuad kendalian Alfredo Vera itu dirobek tanpa belas kasihan oleh musuh setempat termasuk dalam Liga Super berkenaan menerusi penyudah Indra Putra Mahayuddin, Faiz Nasir, S Sharvin selain dua jaringan pantas Royizzat Daud dalam tempoh dua minit.

sumber:- SA

Justeru, tugas berat menanti The Red Warriors dalam aksi timbal balik di Stadium Muhammad IV dalam tempoh dua minggu lagi.
Sementara itu, PDRM beroleh kemenangan 2-1 ketika bertemu pencabar daripada Liga M3, Kuala Lumpur Rovers.