sukan

Misi Kim Pan Gon Tercapai

Misi skuad Harimau Malaya di Chengdu, China untuk tidak pulang dengan tangan kosong berjaya direalisasikan selepas melakar keputusan positif.

Kejayaan mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia terbaik iaitu Syria 2-2 dan China 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, dengan kedua-duanya menghuni tangga 94 dan 80 dunia menyaksikan penambahan mata untuk Malaysia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pengendali kebangsaan, Kim Pan Gon optimis dengan kemampuan ditunjukkan anak buah ketika bersaing menentang dua pasukan berkenaan meskipun Malaysia berada dikedudukan 136 dalam ranking FIFA.

Ia membuktikan Malaysia sebenarnya mampu menduduki ranking lebih baik dan beliau berharap momentum ini mampu diteruskan bagi memastikan sejarah baharu mampu dilakar negara untuk memburu ranking tertinggi FIFA.

“Menang atau kalah itu tidak penting, prestasi kami adalah yang paling penting. Sasaran kita sudah ada, kita cuba mencipta satu lagi sejarah untuk berusaha berada pada ranking lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas aksi dengan China di Stadium Phoenix Mountain, di Chengdu, kelmarin.

Secara keseluruhan Pan Gon berpuas hati dan kagum dengan semangat serta kesungguhan ditunjukkan barisan pemainnya.Secara keseluruhan Pan Gon berpuas hati dan kagum dengan semangat serta kesungguhan ditunjukkan barisan pemainnya.

Mata terkini Malaysia ialah 1094.90 (136 dunia) manakala Filipina 1095.02 (135), Latvia 1096.19 (134), Kepulauan Solomon 1097.61 (133) dan Antigua & Barbuda 1107.51 (132).

Aksi seterusnya skuad Harimau Malaya adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu mengharungi kejohanan Pestabola Merdeka pada bulan depan sebelum bersaing di Kelayakan Piala Dunia 2026 (November) dan Piala Asia di Qatar (Januari depan)