sukan

Hanya 26 minit untuk gelaran Juara Terbuka China

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal dalam usaha menamatkan penantian merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia BWF selepas tewas aksi final badminton Terbuka China, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik ‘tenggelam’ apabila tewas di tangan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-12, 21-14 pada aksi 26 minit yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.

Ini adalah kali kedua pasangan China itu menafikan Aaron-Wooi Yik untuk meraih gelaran sulung mereka selepas turut melakukannya pada final Terbuka India, Januari lalu.

Selepas gagal di Terbuka India, Aaron-Wooi Yik turut gagal merekodkan gelaran juara selepas tewas di tangan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shett ketika final Terbuka Indonesia, Jun lalu.

sumber:- BH

Selaku juara, Wei Keng-Wang Chang membawa pulang hadiah wang tunai AS$148,000 (RM692,122) manakala Aaron-Wooi Yik meraih AS$70,000 (RM327,355).