sukan

Kemenangan Kedua penting buat malaysia

Misi mengutip tiga mata seterusnya kini menjadi fokus utama skuad bawah 23 tahun negara (B-23) negara selepas bermula cemerlang dalam kelayakan Piala Asia B-23 dengan membenam Bangladesh 2-0 di Chonburi, Thailand.

Jaringan Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-82 dan Fergus Tierney pada masa kecederaan kelmarin memastikan Malaysia mengutip tiga mata, sekali gus mencerahkan peluang untuk layak secara merit ke Piala Asia AFC B-23 tahun depan.

Kemenangan itu menunjukkan anak-anak buah E. ELavarasan berada dalam momentum terbaik biarpun dilihat lambat panas dan berhempas pulas untuk mendapatkan jaringan kerana diberikan tentangan sengit oleh Bangladesh pada awal permainan.

Aliff Izwan yang merupakan penyerang skuad B-23 negara juga gembira kerana jaringannya berjaya untuk membantu Malaysia melunaskan misi mengutip tiga mata penuh, sekali gus memberikan semangat dan keyakinan kepada pasukan.

“Sokongan dari rakan sepasukan membuatkan saya mampu beraksi seperti ini. Rasa puas hati dan bangga kerana di kejohanan peringkat AFC ini saya yang paling muda dalam skuad, saya baru 19 tahun dan ini buatkan saya gembira,” kata Aliff Izwan.

Sementara itu, Aliff Izwan juga mahu dia dan rakan-rakan sepasukannya untuk fokus kepada pemulihan dan memberikan yang terbaik dalam aksi seterusnya kerana mengutip tiga mata begitu penting untuk memastikan kelayakan secara automatik.

“Untuk perlawanan seterusnya, kami mahu menang kerana kami sentiasa ingin menang dan mahu layak ke peringkat seterusnya. sekarang kami perlu fokus pada pemulihan dan perlawanan akan datang,” tambahnya.

Malaysia akan menentang Filipina dalam perlawanan kedua esok dan kemenangan bakal mencerahkan lagi peluang untuk layak secara merit ke Piala Asia AFC B-23 tahun hadapan dan mereka akan membuat perhitungan terakhir dengan Thailand pada 12 September.

sumber:- SH

Sebanyak 11 pasukan yang muncul selaku juara kumpulan dalam saingan kelayakan (Kumpulan A hingga K) bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 di Qatar, tahun depan.