sukan

RM1.2 bilion dan RM14.40 juta seminggu untuk Salah

Liverpool menerima tawaran lumayan bernilai £215 juta (RM1.2 bilion) untuk Mo Salah.

Wakil dari Al-Ittihad dilaporkan terbang ke London semalam untuk membuat tawaran terakhir bagi mendapatkan Salah sebelum jendela perpindahan mereka ditutup Khamis ini.

Mereka terdesak untuk mendapatkan pemain Mesir itu dan membuat tawaran susulan £170 juta (RM999.57 juta) dengan perjanjian yang akan mencecah £215 juta (RM1.2 bilion) sebagai tambahan.

Media tempatan melaporkan difahamkan Salah ditawarkan £2.45 juta (RM14.40 juta) seminggu jika dia meninggalkan Anfield dengan insentif tambahan.

Dia turut ditawarkan hasil peratusan jualan baju, bonus kemenangan £55,000 (RM323,340 juta) serta peranan duta untuk sekurang-kurangnya tiga syarikat utama Arab Saudi sepanjang tempoh kontraknya.

Jumlah itu mungkin akan bertambah £18 juta (RM105.82 juta) dengan setiap firma sanggup membayarnya £6 juta (RM35.27 juta) setiap satu.

Saudi bertekad untuk mendapatkan Salah dengan beberapa ahli jawatankuasa tertinggi kelab kini mula ‘pening kepala’ memikirkan sama ada mahu menjualnya atau tidak.

Jika bidaan kali ini gagal, mereka akan menumpukan pemburuan baharu apabila tingkap perpindahan dibuka semula pada awal tahun depan.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp terus-menerus menegaskan Salah bukan untuk dijual tetapi mereka berminat untuk mendengar tawaran.

Salah diturunkan dalam semua perlawanan Liga Perdana bersama Liverpool setakat musim ini.

sumber:- HM

Dia kini meledak dua dan dua bantuan dan secara keseluruhannya sudahpun membut 309 penampilan bersama The Reds sejak menyertai kelab itu pada 2017.