sukan

Kelantan United raih kemenangan

Pemain import menjadi penyelamat Kelantan United Football Club (KUFC) apabila jaringan gol mereka menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, malam tadi.

Tiada sebarang gol dihasilkan sepanjang 41 minit perlawanan namun rentak perlawanan mula berubah apabila Abu Kamara berjaya menanduk masuk bola untuk gol pertama pelawat minit ke-42.

Bermula babak kedua, Ismaheel Akinade berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan jarak dekat ke gawang gol hasil hantaran kapten pasukan, Mohd Syazwan Zainon yang menerima sepakan sudut Muhamamd Fauzan Mohd Fauzi minit ke 47.

Jose Elmer Porteria menjarakkan kedudukan untuk gol kedua hasil lantunan dramatik minit ke 56.Tujuh minit berselang, pemain gantian pelawat, Bruno De Araujo Dybal membuat percubaan jarak jauh namun bola didakap kemas Mohd Shahril Sa’ari menafikan gol penyamaan The Cats.

Perlawanan yang mula lewat sejam setengah akibat hujan, berakhir dengan keputusan 2-1 menyaksikan KUFC mengutip tiga mata di laman sendiri.

sumber:- HM

Kemenangan itu menyempurnakan impian KUFC mengambil peluang menang ke atas penghuni tercorot liga, The Cats yang mencatat kemenangan kedua selepas hanya mencatat satu menang, lima seri dan 14 kali tewas dalam 21 perlawanan sebelum ini.