sukan

Kelantan United belum Selamat

Kelantan United Football Club (KUFC) belum selamat meskipun menewaskan Kuching City FC,2-1 dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, Ailton Dos Santos Silva berkata, pasukan boleh meraikan kejayaan selepas menunggu dua bulan kemenangan itu namun perlu kembali kepada realiti untuk perlawanan seterusnya menentang ‘abang’, Kelantan FC, 18 September ini.

Kata beliau tempoh dua minggu harus dimanfaatkan sebaiknya kerana setiap perlawanan selepas ini adalah penting bagi mengelakkan Kijang Hijau turun ke tangga dua tercorot.

“Hilang satu mata, atau kalah satu perlawanan adalah tidak bagus untuk pasukan kami.

“Mereka bermain dengan baik malam ini (malam tadi), dan layak menang,” katanya.Ailton berkata, pada perlawanan semalam, pemain ada yang hilang fokus sehingga dihukum gol awal pelawat namun sebaik menerima motivasi di bilik persalinan ketika tamat babak pertama, pasukan mula menukar rentak.

Sementara itu pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin pula mengakui KUFC lebih bernafsu untuk menang berbanding pasukannya.

Katanya, itu menjadi kelemahan pasukannya selain masalah padang yang turut menjejaskan rentak II Gatto.

sumber:- HM

“Dengan keadaan padang, kita tak biasa main bola tinggi, namun itu bukan alasan yang harus kita cakap sebab kedua pasukan bermain pada situasi sama (padang bertakung air), kita harus ambil pelajaran dan perbaiki persembahan pada perlawanan akan datang,” katanya.