sukan

‘kambing hitam’ Manchester United

Bintang Manchester United, Jadon Sancho mendakwa bahawa dia “sudah lama menjadi kambing hitam” apabila dia membalas dakwaan jurulatih Erik ten Hag yang mengatakan dia digugurkan kerana prestasi latihan yang lemah.

Pemain berusia 23 tahun itu tidak disenaraikan di London untuk perlawanan Liga Perdana yang menyaksikan United tewas 1-3 kepada Arsenal.

“Jadon, mengenai persembahannya dalam latihan kami tidak memilihnya,” kata bos United, Ten Hag selepas perlawanan.

“Anda perlu mencapai tahap yang ditetapkan setiap hari di Manchester United dan kami boleh membuat pilihan di barisan hadapan. Jadi untuk perlawanan ini dia tidak terpilih.”

Bagaimanapun, Sancho kembali membidas kenyataan itu.

“Tolong jangan percaya semua yang anda baca! Saya tidak akan benarkan orang bercakap perkara yang tidak benar sama sekali, saya menjalankan latihan dengan baik minggu ini,” tulisnya di media sosial.

“Saya percaya ada sebab lain untuk perkara ini yang saya tidak akan ambil tahu, saya sudah lama menjadi kambing hitam dan ia tidak adil!

“Saya menghormati semua keputusan yang dibuat oleh kakitangan kejurulatihan, saya bermain dengan pemain yang hebat dan (saya) bersyukur dapat berbuat demikian yang saya tahu setiap minggu adalah satu cabaran.

“Saya akan terus memperjuangkan lencana ini walau apa cara sekalipun!”

sumber:- HM

Pemain antarabangsa England, Sancho berpindah ke Old Trafford dari Borussia Dortmund dengan harga £73 juta (RM427.19 juta) pada 2021 tetapi bergelut untuk memberi impak dengan hanya 12 gol dalam 82 penampilan dalam semua pertandingan.