sukan

Persiapan Malaysia bukan biasa-biasa

Penyerang Harimau Malaya, Darren Lok, percaya perlawanan persahabatan bertemu pasukan di ranking bawah 100 dunia mampu menawarkan banyak kelebihan dalam persiapan pasukan menuju ke pentas Piala Asia 2023, Januari depan.

Pertemuan dengan Syria dan China pada Rabu dan Sabtu depan bakal menjadi penanda aras buat pengendali, Kim Pan-gon, dalam mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pasukan.

Jelas tonggak Sabah FC, setiap pemain akan lebih bermotivasi apabila bertemu pasukan di ranking lebih baik berbanding skuad kebangsaan.

Pemain juga memerlukan perlawanan bertekalan tinggi memandangkan kejohanan berprestij di benua itu bakal menampilkan pasukan kuasa besar rantau ini.

Dan ketika ditanya mengenai persiapan pasukan sebelum berlepas ke Chengdu esok, Darren memaklumkan segalanya berada dalam keadaan baik dan dia sudah bersedia seandainya diberikan tanggungjawab sebagai penggempur utama Harimau Malaya.

“Sudah lama pasukan kebangsaan tidak berdepan pasukan yang di ranking tinggi. Kami bakal mengharungi dua perlawanan berbeza yang menguji keupayaan fizikal malah China juga berkualiti tinggi.

“Kami perlukan perlawanan seperti ini sebagai persediaan Piala Asia pada 2024.”Tahapnya pastinya tinggi seperti ini dan kami memerlukan perlawanan seperti ini. Kami akan timba sesuatu daripada perlawanan seperti ini.

sumber:- SA

“Kami faham jangkaan daripada jurulatih dan kami gigih berlatih.”Kami mengadakan persiapan yang baik selama enam hari,” kata pemain yang memiliki 22 penampilan antarabangsa itu.