sukan

Chonburi kebangkitan skuad muda Malaysia

Skuad B-23 negara digesa bangkit mencipta kejutan dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, bulan depan.

Malah, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui barisan pemain Harimau Muda telah menunjukkan peningkatan sebelum ini.

Bagaimanapun, jelas Hamidin, tambah nilai aspek tumpuan sepenuhnya perlu diberikan skuad muda negara kendalian E. Elavarasan itu sekiranya berhasrat menjadi pasukan yang terbaik di rantau ini.

Hamidin juga mengingatkan pemain supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan dalam saingan Kumpulan H, yang terdiri daripada pasukan tuan rumah, Thailand, selain Bangladesh dan Filipina.

“Sebagai pemain kebangsaan, anda perlu memberikan lebih daripada 100 peratus. Apabila beraksi demi negara, anda semua harus berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Peluang untuk mewakili Malaysia tidak harus disia-siakan dan saya berharap anda semua mampu melakar sejarah di Chonburi,” katanya dalam sau hantaran Facebook FAM semalam.

sumber:- SA

Hamidin sebelum itu meluangkan masa bertemu barisan pemain dan pegawai skuad B-23 negara pada hari pertama kem latihan pusat, menjelang pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2023.