sukan

Cipta kejutan dalam perlawanan ‘away’ – Pan Gon

Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu, China, pada 6 dan 9 September ini.

Ketua jurulatihnya, Kim Pan Gon berkata aksi away (tempat lawan) berdepan dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia itu perlu disudahi dengan kemenangan bagi menilai keampuhan skuad kendaliannya menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 yang bermula November ini.

“Beraksi di laman sendiri, kami hanya tewas sekali kepada Bahrain tetapi apabila bermain di tempat lawan, kami tewas kepada Vietnam dan Thailand. Perlawanan di tempat lawan berbeza dari segi keadaan, penyokong dan segala-galanya.

“Kami akan menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di tempat sendiri dan tempat lawan dan juga perlawanan di tempat lawan adalah sangat penting termasuk semua perlawanan Piala Asia tahun depan di tempat lawan. Ia bagus untuk kami dan akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan pasukan lain di tempat lawan,” katanya.

Pan Gon berkata demikian semasa ditemui pada hari pertama sesi latihan rasmi Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, skuad negara mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) namun kesemua aksi tersebut diadakan dalam negara.

Pada perlawanan itu, Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 masing-masing di Johor pada Mac, sebelum menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 masing-masing di Terengganu pada Jun lepas.

Terdahulu, pada sesi latihan pertama tersebut menyaksikan FAM telah memanggil penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia untuk melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan.

Keputusan memanggil Azri bagi adalah bagi menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.

sumber:- HM

Sementara seorang lagi pemain iaitu pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan juga tidak dapat menyertai kem latihan pusat selepas turut disahkan mengalami kecederaan namun tiada sebarang penggantian pemain bagi mengisi tempat pemain itu.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago