sukan

Azri jadi pilihan Pan Gon

Hari pertama latihan skuad kebangsaan menyaksikan dua pemain iaitu penjaga gol, Damien Lim dan pemain tengah, Nathaniel Shio Hong Wan terpaksa diketepikan bagi kem kali ini susulan kecederaan.

Perkembangan itu disahkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menerusi satu kenyataan di laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Susulan itu, penjaga gol KL City FC, Azri Ab Ghani dipanggil bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Damien dalam skuad kebangsaan.

“Penjaga gol KL City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini.

“Namun, buat masa ini tiada sebarang penggantian pemain dari senarai bersedia bagi mengisi tempat Hong Wan untuk menjadikan skuad panggilan kali ini disertai seramai 25 orang pemain.

“Semoga Damien dan Hong Wan cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata Pan Gon.

sumber:- BH

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Syria dan China, 6 dan 9 September ini di Chengdu, China.