sukan

FAM sahkan bermula hari ini

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, mengesahkan bahawa badan induk itu sudah memulakan latihan pengendalian sistem video bantuan pengadil (VAR) hari ini.

Latihan itu membabitkan penyertaan 20 pengadil, 20 penolong pengadil dan 14 operator ulang tayang tempatan dan akan berjalan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini.

Noor Azman percaya FAM berada di landasan tepat dalam usaha merealisasikan penggunaan VAR dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan.

Sesi latihan VAR itu diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya dan dikendalikan serta dipantau oleh tenaga pengajar daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Kursus ini kami jalankan secara berfasa dan ada empat peringkat yang akan ditamatkan pada hujung tahun ini,” kata Noor Azman kepada Astro Arena.

“Ia sebagai satu persiapan bagi penggunaan VAR tahun depan.”Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang betul-betul menggalakkan usaha penggunaan VAR dengan begitu cepat selain Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan, di peringkat liga.

sumber:- SA

“Kita dapat lihat segala perancangan dengan unit pengadil ini berjalan dengan lancar.”