Perjuangan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark berakhir selepas terkandas di pusingan ketiga, awal pagi tadi.
Zii Jia ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Denmark, Anders Antonsen 18-21, 17-21 pada aksi yang berlangsung di Royal Arena.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Zii Jia di Kejohanan Dunia sebelum ini adalah dua kali mara ke suku akhir pada edisi 2019 dan 2021.
sumber:- BH
Antonsen akan bertemu pemain Jepun, Kenta Nishimoto bagi perebutan tiket ke separuh akhir, malam ini.Zii Jia pula selepas ini akan mengalihkan fokusnya bagi beraksi di Terbuka China dari 5 hingga 10 September dan Terbuka Hong Kong dari 12 hingga 17 September ini.