sukan

Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir dalam aksi penuh Dramatik

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum mengesahkan tempat dalam suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF dengan menumbangkan wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, di Copenhagen sebentar tadi.

Tentangan sengit dihadapi pasangan negara itu, terutama dalam set pertama, di mana mereka yang ketinggalan sejak dari awal, cuba bangkit pada pertengahan aksi tetapi selepas mengikat kedudukan 20-20, mereka membenarkan lawan memperoleh dua mata terakhir.

Skrip sama hampir terjadi dalam set berikutnya tetapi kali ini, Tang Jie dan Ee Wei lebih berhati-hati untuk mencatatkan kemenangan 21-19, sekaligus mengheret aksi ke set penentuan.

Bagaimanapun, aksi dalam set ketiga jelas menjadi milik pasangan negara itu, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sebaik meraih mata pertama untuk menamatkan pertarungan selama 74 minit itu selaku pemenang hasil keputusan 21-12.

sumber:- SA

Tang Jie dan Ee Wei seterusnya akan menantikan pemenang di antara pilihan kedua dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dan pilihan ke-12 dari Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, bagi penentuan ke separuh akhir esok.