Keputusan Aksi Goh Jin Wei berdepan perseorangan wanita nombor satu dunia

Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei gagal memberi saingan kepada pemain perseorangan wanita nombor satu dunia An Se Young pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Denmark malam ini.

Jin Wei yang menghuni ranking ke-35, jelas tidak dapat menandingi kehebatan bintang Korea Selatan itu apabila tewas 21-12, 21-14 dalam masa 35 minit pertarungan di Royal Arena, Copenhagen.

Ia kekalahan ketiga Jin Wei di tangan Se Young dalam tiga pertemuan.

Se Young, pemenang pingat gangsa tahun lalu, akan berdepan pemenang antara pemain Amerika Syarikat (AS), Zhang Beiwen dan Kirsty Gilmour dari Scotland.

sumber:- BH

Sementara itu, empat wakil Malaysia dalam acara beregu berjaya melepasi pusingan pertama semalam untuk layak ke pusingan 32 terakhir.