Rata-rata peminat mempersoalkan pemilihan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon memanggil Junior Eldstal berbanding menyenaraikan Afiq Fazail atau Feroz Baharudin dalam kem latihan pusat kali ini.
“Junior Eldstal paling tidak patut kerana dia tiada kelajuan, patut tempat dia diganti oleh Feroz, pemain itu tengah berada di prestasi terbaik di JDT,” kata Haziq salah seorang peminat Harimau Malaya.
“Junior di Indonesia tidak pernah main, apa ini tak kan tiada pemain lain,” tulis salah seorang peminat.Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka menyifatkan Pan Gon mempunyai perancangan tersendiri dalam membentuk skuad terkuat bagi menghadapi saingan Piala Asia tahun depan.
Barisan 26 pemain ini akan dipersiapkan bagi mengharungi aksi perlawanan antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Syria pada Rabu, 6 September sebelum menentang China bagi aksi kedua pada Sabtu, 9 September depan.
Berdasarkan senarai di atas, Pan Gon telah mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Kuala Terengganu, Terengganu pada Jun lalu.
Baki 11 pemain lain terdiri daripada tujuh pemain dari kem Mac yang tiada ketika kem Jun iaitu kapten pasukan, Dion Cools, dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Damien Lim, selain Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih; tiga pemain dari skuad Piala AFF 2022, Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin sertaHong Wan yang kembali dipanggil untuk kali pertama, tahun ini.