sukan

Malaysia terikat mata dengan Indonesia

Kemenangan skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara ke atas Indonesia pada aksi pembukaan Kejuaraan B-23 AFF 2023 jelas memberi tonik terbaik untuk skuad negara sebelum menentang Timor-Leste, malam esok.

Namun kapten pasukan, Muhamad Syahir Bashah mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan yang pasti turun dengan misi untuk bangkit selepas tumbang 1-0 di tangan Indonesia, semalam.

“Kita tidak boleh mengambil mudah aksi ini kerana kita tahu Timor-Leste juga beraksi dengan baik. Jadi kita perlu tunjukkan aksi yang lebih baik berbanding aksi pertama.

“Kita mendapat banyak maklumat baharu daripada barisan kejurulatihan dan ia membantu pemain untuk lebih bersedia bagi menghadapi perlawanan akan datang.

“Saya juga mahu menunjukkan aksi yang lebih baik berbanding ketika menentang Indonesia sebelum ini,” kata Syahir.

Ketika ini, skuad negara memimpin Kumpulan B dengan tiga mata, terikat bersama Indonesia namun Indonesia sudahpun beraksi dua perlawanan dan dibezakan menerusi rekod pertembungan lebih baik.

Sementara itu, seorang lagi pemain di bahagian serangan, Mohd Aiman Afif Md Afizul mengharapkan rakan sepasukan dapat meneruskan momentum untuk melakar kejayaan bagi aksi kedua di Stadium Rayong itu.

“Perlawanan menentang Indonesia menjadi satu titik semangat untuk kita langkah kanan dan kita perlu teruskan momentum. Keserasian antara semakin meningkat dari hari ke hari.

sumber:- BH

“Kita perlu menghormati Timor-Leste dan memberikan yang terbaik untuk mengutip mata penuh,” katanya.