Keputusan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan yang tidak menandatangani bekas penyerang Manchester United, Radamel Falcao kini membuahkan hasil.
Ia selepas dua penyerang baharu iaitu Heberty Fernandes dan Takahiro Kunimoto mula menunjukkan taring, dengan masing-masing mula meledak gol demi gol buat JDT dalam saingan Liga Malaysia.
Jelas Tunku Ismail, harga yang terlalu mahal bagi mendapatkan seorang pemain bintang kini dimanfaatkan sebaiknya dengan kehadiran dua ayam tambatan yang dilihat sama hebat sekali gus ‘sifir’ pemilik JDT itu tepat dan berbaloi.
“Apabila saya membuat keputusan untuk membatalkan pemain bintang dan berbelanja hemah, di mana dengan satu harga kami boleh tandatangani dua pemain yang berkualiti, ramai yang mempersoalkan keputusan saya.
“Dan beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal,” katanya di laman Story Instagram miliknya.Dalam beberapa aksi terdahulu, Heberty yang berasal dari Brazil sudah benjaringkan lima gol dalam empat penampilannya setakat ini.
Manakala Kunimoto dari Jepun pula tidak menunggu lama apabila dia meledak dua gol dalam aksi sulungnya bersama JDT ketika menentang Kelantan FC pada aksi 16 terbaik Piala Malaysia, malam tadi.
Ujar Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, apa yang dirancang JDT kini mula menampakkan hasil.
sumber:- HM
“Saudara saudari sekalian, dari 2013 apa sahaja keputusan saya dan apa saya cakap ramai pihak memperlekehkan. Hari ini orang ramai dapat melihat semua tindakan saya dan apa yang saya cakap dari dulu sudah menjadi kenyataan dalam bola sepak mahupun politik,” katanya.