sukan

Pengendali TFC turut luah rasa simpati

Ketiadaan import baru nyata menjejaskan rentak Kelantan FC untuk terus mencatat kemenangan sehingga dibelasah Terengganu FC 8-0 malam tadi.

Ketua Jurulatih Kelantan, Alfredo Vera berkata, dia tidak faham apa yang berlaku apabila bolos begitu banyak gol.

Namun dia mengakui Terengganu bermain sangat bagus dan adalah pasukan yang sukar dikalahkan.

“Kita sudah jalankan permainan, tapi tidak bisa (boleh) potong permainan mereka (Terengganu). Selepas kena beberapa gol, mental pemain juga mulai turun,” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

Bekas pengendali Persita Tangerang di Indonesia itu berkata, dia terpaksa berusaha menggunakan pemain yang ada untuk meneruskan baki saingan liga selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak pendaftaran empat import baharu The Red Warriors (TRW).

Katanya, anak buahnya sudah berusaha melakukan yang terbaik namun ia tidak berjalan dengan persembahan maksimum.Sementara itu, pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berkata, dia gembira dengan jaringan terbesar diperolehi pasukan sejak sepak mula liga musim ini.

Steinbruckner turut simpati dengan nasib Kelantan yang tidak dapat mendaftarkan import sehingga terpaksa menurunkan barisan pemain yang sama seperti perlawanan dengan Negeri Sembilan, 9 Ogos lalu.

sumber:- BH

“Mereka ada keyakinan, tapi hanya ada dua import sudah pasti itu jadi kelebihan buat kami” katanya.