Dua wakil Liga Super menepati ramalan untuk mencipta bekalan selesa di peringkat 16 Piala Malaysia yang menyaksikan Sri Pahang FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) masing-masing melakar kemenangan, sebentar tadi.
Harimau Selatan tidak erlu menunggu lama untuk mula merobek gawang tuan rumah, Kelantan FC, selepas Bergson da Silva bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan pada minit ke-7.
Heberty Gernandes kemudiannya menambah jaringan selepas 8 minit berselang dan kerapuhan benteng The Red Warriors terus dihukum oleh pemain itu apabila meledakkan gol ketiga buat JDT.
Lima minit bersambung babak kedua tandukan Shahrul Saad pula menerjah jaring kelantan buat kali keempat dan Nazmi Faiz tidak ketinggalan untuk meletakkan namanya selaku penjaring dalam aksi kali ini dengan meledak gol kelima pada minit ke-67.
sumber:- SA
Namun, kelekaan JDT ketika selesa di depan akhirnya dimanfaatkan Kelantan apabila rembatan Khala’if Naskam dari luar kotak penalti tepat menerjah jaring pada minit ke-85.