Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menarik nafas legas apabila perancang tengah, Leandro Velazquez masih kekal bersama Harimau Selatan.
Ia susulan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu komen di laman Instagram mengesahkan pemain kelahiran Argentina itu akan terus bersama JDT.
“No, still JDT (Tidak, masih JDT),” tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ruangan komen Instagram sebuah portal sukan.
Pengesahan TMJ itu selepas terdapat laporan bahawa kontrak pemain berusia 34 tahun terbabit bersama juara Liga Super itu sudah berakhir.
Velazquez mengecapi musim gemilang bersama JDT apabila memenangi empat kejuaraan Liga Super sejak 2019 selain dua kali menjulang Piala Malaysia.
Dia juga menjulang Piala FA sebanyak dua kali dan empat kali memenangi Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Ahmad Shah bersama Harimau Selatan.
sumber:- BH
Paling manis buat Velazquez sudah pasti ketika dia meledak gol tunggal menentang kelab Istiklol untuk JDT mencipta sejarah muncul juara Piala AFC pada 2015.