sukan

‘Kami di belakang Faisal Halim’ — Cheng Hoe

‘Kami di belakang Faisal Halim’, itu kata-kata ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mengakui kesukaran yang dilalui pasukannya ketika ini sebaik hukuman penggantungan dikenakan ke atas pemain penting Red Giants itu.

Keperitan dan rasa kecewa mungkin dirasai Faisal ketika ini, Cheng Hoe menegaskan Faisal tidak bersendiri malah mendapat sokongan penuh daripadanya dan pasukan ketika ini.

“Kami akan sentiasa memberikan sokongan kepada Faisal dan dia tidak dapat diturunkan pasukan untuk beberapa perlawanan akan datang,” kata Cheng Hoe.

Menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketiadaan Faisal sudah pasti dirasai.Turut menambahkan lagi kesulitan skuad Merah Kuning itu apabila pemain pertahanan Khuzaimi Piee juga tidak berada dalam kecergasan yang baik ekoran masalah hamstring.

sumber:- SA

“Kami daripada barisan jurulatih masih lagi mahu mendapatkan barisan terbaik untuk berdepan JDT. Terdapat beberapa pemain yang masih lagi mengalami kecederaan namun perancangan pasukan tidak terjejas.”