sukan

Tonggak KL City dedah cerita sebenar detik 90 minit berdepan JDT

Tonggak KL City, Romel Morales, menceritakan detik sukar yang dilaluinya sepanjang 90 minit di Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi final Piala FA yang berkesudahan 2-0 memihak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Romel antara tonggak penting menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2021 menunduklan JDT, terpaksa akur, mengakui jurang perbezaan kualiti JDT terlalu jauh untuk dicabar.

Situasi tersebut tampak mustahil buat dirinya mengetuai jentera serangan — biarpun sebilangan besar pemain KL City masih bermain bersama skuad kendalian Bojan Hodak itu jika dibandingkan pada musim 2021 lalu.

sumber:- SA

Sejujurnya, kami perlu berbangga dengan cara kami bermain dalam perlawanan ini,” kata Morales.”Kami telah cuba bermain dengan baik dalam separuh masa pertama, JDT mula memberikan tekanan dalam separuh masa kedua sekaligus memastikan kemenangan.”