sukan

Nampak sangat dia menentang Malaysia — Wooi Yik

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempertikaikan kualiti penjaga servis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mereka tersingkir di pusingan kedua Terbuka Korea, semalam.

Juara dunia itu terpaksa akur tewas di tangan pasangan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-19, 18-21, 19-21 pada aksi yang berlangsung di Stadium Jinnam di Yeosu.

Dalam perlawanan berkenaan, Aaron-Wooi Yik beberapa kali melakukan bantahan kepada pengadil termasuklah selepas tamat permainan.

Pasangan itu mendakwa lawan mereka beberapa kali melakukan kesalahan ketika membuat pukulan servis.”@bwf.offical sila nilai semula tahap dan standard penjaga servis anda. Adakah ia adil? Nampak sangat dia menentang Malaysia,” tulis Wooi Yik di Instastory miliknya.

sumber:- BH

Aaron-Wooi Yik selepas ini akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi saingan Terbuka Jepun, minggu depan.