sukan

Harap dapat pengadil ‘ok’

Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak, berharap mutu pengadilan yang terbaik hdapat dilaksanakan pada perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

KL City akan bertandang ke gelanggang keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim dalam usaha untuk mencipta kejutan dalam menafikan kemenangan JDT.

Berdepan pasukan yang tidak kalah mahupun seri dalam 17 perlawanan Liga Super serta mencari trofi pertama harimau selatan musim, Hodak mengakui anak buahnya harus mempamerkan aksi luar biasa.

Namun, demi cuba mencapai misi mustahil itu, Hodak terpaksa akur dengan kehilangan beberapa pemain tonggak tetapi kekal optimis dengan kemampuan pemain yang sedia ada.

“Kami bermain dengan baik dalam perlawanan sebelum ini, semua pemain berada di tahap terbaik menjelang aksi final bertemu JDT,” kata Hodak.

“JDT memiliki barisan pemain yang berbeza berbanding aksi final yang berlangsung pada 2021.”Mereka mempunyai pemain yang berbeza sebaliknya KL City gagal mengekalkan barisan pemain utama pasukan. Saya berharap pengadil yang bertugas dalam perlawanan ini tidak gentar dengan aksi final dan mengambil keputusan yang tepat sepanjang perlawanan.”

Sementara itu, kapten pasukan, Paulo Josue juga mengakui JDT pasukan terhebat dalam Liga Malaysia setakat ini namun bukan mustahil untuk menewaskan pasukan itu suatu hari nanti.

sumber:- SA

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, KL City akan cuba melakar kejutan, ia adalah perlawanan berbeza dan cuba melakukan yang terbaik mendapatkan gelaran ini,” kata Josue.