sukan

Komen Tan Cheng Hoe aksi ‘yo-yo’ Selangor FC

Pengendali Selangor FC Tan Cheng Hoe mengakui masih lagi mencari rentak terbaik buat pasukan supaya mereka tidak lagi mencatat keputusan ‘yo-yo’ pada baki saingan Liga Super kelak.

Cheng Hoe berkata, barisan anak buahnya perlu menunjukkan semangat juang tinggi dan sentiasa perbaiki kualiti permainan jika mahu pastikan pasukan sentiasa mencatat keputusan positif.

Beliau mengakui ketika ini agak sukar untuk pastikan skuad Gergasi Merah sentiasa mencatatkan kemenangan pada setiap perlawanan namun mengharapkan pemain tidak lagi melakukan kesilapan mudah hingga dihukum pasukan lawan.

Kalau kita lihat secara keseluruhan, jika mahu pasukan beraksi secara konsisten adalah pemain perlu bekerja keras dan sentiasa memperbaiki kualiti permainan.

“Sekarang ini, kita dalam proses untuk pastikan setiap permainan berikan yang terbaik. Namun jika pemain leka menyebabkan pasukan berada dalam keadaan tekanan sekali gus mencatat keputusan kurang memuaskan.

“Saya percaya dan yakin jika pemain menunjukkan sikap ingin perbaiki permainan sudah pasti pasukan boleh mencatat keputusan yang konsisten,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi menyaksikan skuad Gergasi Merah terus mengukuh kedudukan di tangga kedua Liga Super apabila ‘menghentak’ Penang FC 3-0.

Gol pertama tuan rumah disumbangkan Noor Al Rawabdeh sebelum penyerang baharu Selangor FC, Richmond Boakye dan Faisal Halim menjadikan kedudukan 3-0 hingga tamat perlawanan.

sumber:- HM

Sementara itu, Cheng Hoe berkata, walaupun mencatatkan kemenangan menentang Penang FC namun terdapat beberapa kelemahan perlu diperbaiki supaya tampil lebih meyakinkan pada perlawanan akan datang.