sukan

Penalti ‘ragut’ tiga mata Perak FC

Perak melepaskan peluang untuk meraih kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini apabila terikat 1-1 berdepan Kelantan United di Stadium perak, Ipoh, malam tadi.

Skuad kendalian Yusri Che Lah bermula baik apabila hanya memerlukan sembilan minit untuk berada di depan hasil ledakan Sunday Afolabi.

Momentum positif itu bagaimanapun gagal diteruskan Bos Gaurus untuk menambah jaringan walaupun memperoleh beberapa peluang.

Lebih perit, mereka dikecewakan dengan jaringan penyamaan Kelantan United menerusi Indra Putra Mahayuddin yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-84.

sumber:- BH

Keputusan itu menyaksikan Perak berada di tangga ke-11 dengan mengumpul 10 mata selepas mengharungi 16 perlawanan manakala Kelantan United yang menghimpun tujuh mata di kedudukan ke-12.