sukan

‘Bukan isu disiplin’ sebenarnya

‘Bukan isu disiplin’, penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah, dinafikan mempunyai masalah disiplin seperti yang didedahkan oleh jurulatih pasukan berkenaan, Tomislav Steinbruckner.

Ini susulan penyerang kelahiran Ghana berusia 27 tahun itu disahkan tidak menerima sebarang surat membabitkan isu disiplin daripada jurulatih atau pihak pengurusan setakat ini.

“Jika terdapat bukti, sila tampilkan, saya agak terkilan apabila Jordan telah dikatakan oleh ramai pihak memiliki masalah disiplin,” kata ejen Jordan Mintah, Wan Anwari Wan Amran.

“Itu membuatkan satu petanda buruk walaupun dia tidak melakukan sebarang kesalahan.”Nadi Arena sebelum ini melaporkan Mintah diketepikan dalam perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Isnin lalu.

sumber:- SA

Menerusi penjelasan Steinbruckner, keputusan itu diambil atas faktor disiplin susulan keengganan pemain itu mengambil sepakan penalti dalam aksi separuh akhir Piala FA bertemu KL City.