sukan

Pearly-Thinaah terpaksa ucap selamat tinggal

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura seawal pusingan pertama apabila terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura di Kallang itu, finalis Kejohanan Masters Malaysia minggu lalu berkenaan terpaksa menarik diri dalam set penentuan berikutan kecederaan siku kanan yang dialami Pearly.

Berdepan lawan bukan pilihan dari Jepun, Rin Iwagana-Kie Nakanishi, gandingan negara itu tewas mudah 13-21 dalam set pertama.

Bagaimanapun, Pearly dan Thinaah bangkit mengikat kedudukan menerusi kemenangan 21-17 dalam set berikutnya untuk mengheret penentuan berkenaan.

sumber:- SA

Kecederaan yang dialami Pearly jelas menjejaskan rentak beregu negara tu, di mana ketika di kedudukan 7-8 dalam set ketiga, mereka melepaskan enam mata berturut-turut sebelum memilih untuk menarik diri di kedudukan 9-16.