sukan

Kelantan FC terus dibelasah

PDRM FC menang bergaya apabila membenam Kelantan FC 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Membuka perlawanan, pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol seawal minit ke-15 menerusi import, Marcus Papee Macauley.

Mohd Nabil Ahmad Latpi terus menambah derita tuan rumah apabila berhasil menjaringkan gol kedua buat PDRM FC pada minit ke-33 menerusi rembatan kencang dari dalam kotak penalti.

Tandukan pemain import Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-35 terlalu lemah dan mudah dibaca Mohamad Ramdhan Ab Hamid yang menyambut kemas percubaan terbabit.

Selang seminit kemudian,Ramdhan sekali berjaya menggagalkan cubaan bahaya anak buah Frank Bernhardt dan keputusan kekal 2-0 hingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, peluang terhidang luas buat Uche Agba yang melorong deras bola ke gawang tuan rumah menghadiahkan gol ketiga ‘The Cops’ pada minit ke-65.

Jaringan penalti Bruno Suzuki meletakkan PDRM FC terus selesa dengan 4-0 sebelum Miguel Cifuentes menghadiahkan gol saguhati buat tuan rumah di hujung permainan.

sumber:- BH

Keputusan berakhir 4-1 menyaksikan Kelantan FC terus gagal meraih tiga mata di laman sendiri.