V Shem Wee Kiong ke final singkir juara dunia

Naib juara Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memulakan saingan pertama dalam tempoh 10 bulan dengan cemerlang apabila melangkah ke perlawanan akhir badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.

Gandingan profesional Malaysia itu mengetepikan juara remaja dunia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia 21-19, 21-10  pada kejohanan antarabangsa pertama yang dianjurkan  dalam kalendar badan badminton dunia, BWF sejak pand3mik C0vid-19 menjejaskan aktiviti sukan.

Turun sebagai pasangan bukan pilihan, beregu lelaki negara itu akan berdepan pemenang di antara pilihan keenam, Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan atau pilihan ketujuh, Choi Solgyu-Seo Seung-Jae dari Korea Selatan yang bakal berentap sebentar lagi.